Khamis, Disember 02, 2010

Agen Jiwa Massa Vs Halawatul Iman 1st stage


(Suatu petang di bulan Julai itu, dua orang sahabat baik, Hafiy dan Habil sempat meluangkan masa bersama. Sambil mengambil angin petang mereka bersiar-siar sebelum mengambil tempat duduk di suatu kawasan yang lapang dan agak teduh di bawah rimbunan pepohon..)

Angin petang itu menyapa lembut, sepoi-sepoi bahasa, menenangkan. Ianya lantas mengusik-ngusik tentang sesuatu, ke daerah pemikiran dua orang sahabat, yang sedang menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.

Hafiy : Bagaimana cinta Allah ya? Sekadar di mulut, tidak cukup kan? Macam mana nak sukat? Apa alat, dan apa ‘yardstick’nya (kayu pengukurnya) ??


Habil : Paling mudah, lihat amalan seharian diri kita sendiri setiap hari, baru dapat tahu sukatan tu macam mana kan. Iman dapat diterjemahkan kepada amal atau tidak. Ke ilmu tu, sekadar teori semata.. dengar, catat, simpan, tidak amal, malah tak sampaikan kat orang pun.. muhasabah buat kita jugak..huuh..


Hafiy : Setuju, tapi kadang-kadang amal ada, tapi iman?? Ada?? Buat sebab orang suruh, ataupun malu dengan manusia? Sedangkan cinta Allah bila buat amal sebab Dia semata-mata, risau Kekasih tak terima, kemudian lebih banyak bersungguh dan diperbanyakkanlah!! ~ Itulah halawatul iman 1st stage.. (katanya bersungguh, sambil tersenyum memandang kepada Habil)


Habil : Ala kau ni..cukup la aku share sikit.. aku nak kau pula yang share lebih sebenarnya, ini kau pula banyak tanya aku.. (keluhannya yang sekadar ingin menduga sahabatnya) Jangan salahkan ‘pemula bicara’ ek.. Hmmm.. ikut la hudud Allah.. Hmm.. tak nak ulas panjang.. kau pulak..


Hafiy : Yes..tapi still tak relevan dengan siapa yang mula dulu tadi. (Hafiy tersengih mengusik Habil) Kefahaman tentang hudud perlu dibina dulu dalam jiwa massa. Pemimpin lagi-lagi la.. Tak nak jadi macam middle east, hudud jalan je tapi?? Wallahu ’alam..


Habil : Hehehe..aku dah agak dah.. tapi hudud tu aspek jangka panjang tau. Selepas fardun muslim (peribadi muslim), baitul muslim (keluarga islam), mujtama’ muslim (masyarakat islam) sampai la ke peringkat daulah dan khilafah kan. Tak pe, masing-masing fikir sendiri. Kau bernasib baik aku rajin melayan karenah kau hari ni tau.. (lirikan matanya mengusik Hafiy pula). Weh, aku gurau-gurau jela. Jangan la serius sangat. Hehehe..


Hafiy : Tapi itu la, kita la agen memahamkan massa tentang agama. Bukan setakat ‘perintah dan arah’. Nak bagi semua beramal dengan halawatul iman kan..? (Jelas Hafiy sambil senyum yang tak lekang dari wajahnya itu)


Habil : Bukan hudud yang potong-potong tangan je, tapi ‘batas’ keseluruhan yang Allah gariskan. Kita bukan nak masuk syurga sorang-sorang je, so the road to ‘our big aim’ insyaAllah, itu yang perlu kepada apa yang aku cakap tadi. Jangka masa panjang kat Malaysia sendiri macam mana kan.. Itu pada pandangan aku la.. Kalau salah, tegur aku eh..


(Hafiy diam sahaja sambil memerhati alam yang terbentang di hadapan mereka. Terkadang dia tersenyum keseorangan melayan isi perbincangan mereka. Mereka berdua berhenti sejenak mungkin memikirkan ‘masalah umat’ di Malaysia barangkali. Realiti yang tidak boleh menipu..)


Habil : Aku setuju dengan kau, sebab itulah kita selain letak diri kita sebagai agen pemaham, kita letak juga diri kita ini sebagai pemimpin masa depan. Untuk realitikan apa yang kita mahukan. Jiwa massa terisi dengan iman. Laksanakan hudud secara berperingkat, kembangkan dakwah, seiring dengan massa yang semakin faham tentang agama, tentang apa hudud itu sebenarnya. Sewaktu itu, daulah yang sememangnya daulah, akan tertegak, bukan semacam middle east macam yang kau cakap awal tadi tu.


Hafiy : Aku setuju pasal pemimpin tu.. tanggungjawab kita pun sebagai khalifah kan, jadi nak tak nak, tanggungjawab untuk memimpin tu tak boleh nak lari atau elak la.. kan kan?? (Hafiy tersenyum seperti mahu menduga apa reaksi sahabatnya selepas ini)


Habil : Thank a lot sebab berkongsi dengan aku. Ni yang aku sayang sangat kat kau ni. (usikan Habil mahu menyakat Hafiy) Baru-baru ni ada juga orang minta tolong aku, untuk ajak seorang saudaranya join usrah atau program-program ilmiah. Aku pun tolong sekadar apa yang terdaya la..


Hafiy : Oh..biasa la tu.. Yes, kita yang kena cari mad’u (orang yang menjadi sasaran, yang mahu ikut ke arah kebaikan dan ikut dakwah). Tak boleh tunggu orang cari kita. Tapi jangan lupa, mad’u kita pun jangan kecilkan skop kita yang terbatas kepada orang masjid je, yang lain pun kena cari juga. Fokus tapi tak ekslusif. Hehehe.. Kau lagi pandai.. (Hafiy sesekali pasti akan memuji Habil, sahabat karibnya itu)


Habil : Kadang-kadang terfikir betapa institusi keluarga ini sangat penting. Tapak mula kan. Banyak isu dan gejala yang tidak sihat berlaku akhir-akhir ni kebanyakannya bermula dari runtuhnya institusi kekeluargaan itu sendiri. Kes cerai meningkat, penderaan, sampaikan memberi kesan yang mendalam kepada anak-anak mereka yang langsung terjebak kepada perkara-perkara yang negatif. Jadi, macam mana lah nak jejak ke alam masyarakat pula jika dalam keluarga pun sudah sedemikian rupa. Hmmm..Best kan bila kita bincang-bincang macam ni walaupun kita mungkin dari jamaah atau ‘platform’ yang berlainan kan?


Hafiy : Walau apa pun jamaah kita, apa sekali pun persatuan atau ‘platform’ yang kita sertai, masing-masing ada peranan tersendiri. Tak kisah apa jamaah atau wasilah yang kita gunakan, yang penting kita buat kerja Islam. Kita sekadar jamaah minal muslimin, bukan jamaatul muslimin seperti mana zaman adanya khilafah dahulu. Jadi, tak kisah la lain pendapat dan cara gerak kerja.


Habil : Aku setuju dengan kau. Kalau ada khilafah takpe la kan..hehe..


Hafiy : Hehe..nasib aku tau kau dah ‘settle’ basic Islam, even master lagi! Hehehe..aku pun tak tau sangat hal-hal ni, aku selalu fikir hal kerja je.. wujudkan biah, buat program-program, ajak kerja sama-sama. Supaya benar-benar bersedia untuk masuk ke medan sebenar di Malaysia ni nanti kan.. Allahua’lam..


Habil : Aku dah ‘settle’ basic Islam even master? Maksudnya??


Hafiy : Maksudnya, nak cakap pasal jamaah, kena ‘settle’ basic Islam dan isu-isunya. Ni ‘approach’ yang setiap jamaah Islam patut guna macam petikan dalam ‘Dakwah Fardiah’ oleh Mustafa Masyur. Dan paling penting, kita tak perkenalkan jamaah dulu tapi perkenalkan Islam terlebih dahulu. Terangkan mengenai keindahan dan kesyumulan Islam.


Habil : Kau ni!! Puji ada makna tu.. hehehe.. Tapi betullah, berbalik kepada cinta Allah dan cara mendapatkan halawatul iman 1st stage awal-awal tadi la kan.. Hmmm.. Suka3..



(Mereka akhiri perbualan mereka dengan beberapa kesimpulan yang amat bermakna buat mereka walaupun diselang-selikan dengan gurauan dan usikan.. Mereka berharap persahabatan mereka terus subur walau mereka jauh di mata, tetapi ukhwah mereka akan terus berkekalan dalam redhaNYA.. Penting kerana merekalah agen jiwa massa!! InsyaAllah..)



p/s : minta maaf banyak kepada mereka yang bergelar pencinta Bahasa Melayu sebenar, izinkan dalam cerita ini pengolahan bahasa yang agak bercampur-campur.. sekadar perkongsian..=p
Sebarang komen atau pendapat, boleh lontarkan di sini k.. tQ..('',)



1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails