Memaparkan catatan dengan label dunia antarabangsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dunia antarabangsa. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 12, 2011

Mesir : Cabaran Sebenar Baru Bermula



Salam.

Syukur Alhamdulillah. Berita melaporkan diktator Mesir, Hosni Mubarak telah berundur, meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum Naib Presiden Omar Suleiman.

Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah selama 18 hari sebelum ini.

Presiden dan keluarganya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana Presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh, tempat yang sering dikunjunginya sebelum itu, di mana beliau mempunyai sebuah istana di situ.

Pengumuman itu disambut dengan gembira oleh rakyat Mesir, yang telah lama hidup di bawah pemerintahan kuku besi yang menekan & menindas mereka, terutamanya para pendokong Islam termasuklah di Palestin.

Pun begitu, seorang pegawai kanan pembangkang terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin, menyuarakan kebimbangan dengan tindakan tentera Mesir mengambil alih pemerintahan dengan merampas kuasa.

“Ia nampaknya satu rampasan kuasa tentera. Saya bimbang. Masalahnya bukan Presiden tetapi rejim yang memerintah,” kata Essam al-Erian.

Benar, Mubarak hanyalah ikon daripada rejim yang memerintah. Rejim yang telah menjadi penjilat untuk Amerika & Israel Zionis. Sebagai boneka Amerika, dia sememangnya telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Pengundurannya juga tanpa sebarang hukuman terhadap segala kesalahan & jenayahnya, khususnya kepada umat Islam.

Pada masa ini, Mubarak mungkin sedang bersenang-lenang dengan keluarganya di istananya di Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.

Perletakan jawatan itu cuma akan menyekat sedikit kebebasannya, di samping menyekat peluangnya untuk mengaut lebih banyak harta rakyat, tapi harta yang telah dikumpulkannya sendiri sudah cukup banyak.Tapi Islam mengajar umatnya bahawa dunia itu cuma sementara. Seandainya Mubarak tidak bertaubat, pastinya dia akan dihukum dengan setimpal oleh Allah di hari pembalasan nanti. Hanya tunggu masa saja Mubarak.

Rakyat Mesir telah mengorbankan harta & nyawa mereka demi menjatuhkan diktator yang zalim ini. Tapi ini cuma permulaan. Mubarak mungkin tiada tapi rejimnya masih ada. Amerika dan Zionis pula pasti tidak akan membiarkan saja apa yang berlaku. Pelbagai kemungkinan akan berlaku. Tidak mustahil yang menggantinya ini lebih teruk daripada Mubarak, atau rakyat Mesir akan dipecahbelahkan.

Apapun, rakyat Mesir mesti terus bersatu & tidak leka. Ikhwan Muslimin pastinya adalah yang terbaik untuk memimpin Mesir sebagaimana Islam yang menjadi tunggak perjuangan mereka adalah jaminan yang terbaik untuk keadilan kepada umat manusia Mesir, tidak kira samada mereka muslim, atau kristian dll.

Gerakan Islam ini pasti akan terus diganggu & diperangi oleh Amerika & sekutunya, sepertimana yang telah diberitahu oleh Allah bahawa mereka sekali-kali tidak akan redha, selagi kita tidak mengikuti mereka.

Perjuangan di antara yang haq & batil ini akan berterusan di mana-mana pun pelusuk dunia ini, tapi keputusannya di akhirat tetap DUA sahaja. Samada kamu dengan Islam & kebenaran, atau kamu pilihlah kebatilan, tak kiralah apa versi atau nama yang kamu beri; kebangsaan, nasionalis, sekular, liberal, dll.

Syabas rakyat Mesir, tapi ini cuma permulaan. Cabaran sebenar baru bermula. Seperti mana kata pemimpin pertama Ikhwanul Muslimin As-Syahid Imam Hassan al-Banna, "Tegakkan Islam di dalam diri kamu, & Islam akan tertegak di negara kamu."

Teruslah berjuang demi Islam yang adil kepada seluruh manusia, insyaAllah.

Allahuakbar!!


Sabtu, Januari 29, 2011

Islam Berkembang di Dunia Barat


Semakin Islam ditekan, semakin Islam diterima di negara-negara barat. Hari Pembakaran Al-Quran Sedunia yang dicetuskan dalam memperingati runtuhnya World Trade Centre, New York, misalnya mencetuskan gelombang kebangkitan Islam di sana secara senyap.

Sebuah akhbar di Amerika, “An-Niqab”, telah menyiarkan bahawa Islam tersebar dengan begitu cepat di kalangan berbagai keturunan dan kelompok etnik masyarakat Amerika, seperti Puerto Rico, Dominica, Mexico, Cuba, dan Sepanyol. Hampir 35% dari mereka adalah pelopor Pusat Islam Hudson Utara di kawasan New Jersey.

Akhbar Amerika “New York Times” menyebutkan: “Sebahagian besar dari mereka yang masuk Islam di Amerika Syarikat adalah dari komuniti Hispanik (keturunan Sepanyol).

Bahkan hasil daripada kajian, hampir 200 000 orang Hispanik masuk Islam di Amerika setiap tahun. Dan di antara mereka adalah Musa Franco, keturunan Colombia dan dia telah memeluk Islam ketika berusia 13 tahun.”

Rabu, Januari 05, 2011

Masuk Islam Setelah Lihat Iklan di Bas


17 Warga Chicago Masuk Islam Setelah Lihat Iklan di Bas


Beberapa waktu lalu, artikel Gain Peace, 'Berdakwah Melalui Bas Kota' mengeluarkan laporan tentang kegiatan kempen tentang Islam dengan cara memasang iklan di badan bas, yang dilakukan organisasi GainPeace di Chicago. Kegiatan yang dilakukan organisasi ini ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu membetulkan pandangan masyarakat Barat yang salah tentang Islam tapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, ada 17 warga Chicago yang menyatakan diri masuk Islam.

Salah seorangnya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun berkeinginan memeluk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas

"Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sedar bahawa itulah akhir dari petanda di mana saya perlu melengkapi niat saya," kata Toole.

Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun lalu, seorang laki-laki memberinya satu risalah dan mengatakan ia akan mendapatkan penjelasan bermakna dari risalah itu. "Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca," Toole mengisahkan.

"Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya," sambung Toole sampai akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority (CTA) bertuliskan "Got Questions? Get Answers" dan terus menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut.

Setelah mendapatkan penjelasan dan berdiskusi dengan pihak GainPeace, Toole mengucap syahadah pada Isnin, 29 September 2008. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.

Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea hebat untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace.

"Saya sangat berterima kasih dengan mentor saya yang sudah sangat membantu. Beliau memberikan saya banyak buku agar saya dapat banyak belajar tentang Islam," kata Toole.

GainPeace juga memberikan layanan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk para muallaf, di mana mereka boleh belajar apa saja bermula dari cara solat, cara hidup seorang Muslim bahkan bahasa Arab.

Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri bahawa ia sudah membuat keputusan yang benar. "Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sukar untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahawa anda telah menemui rumah yang benar," ujar Toole.

Seperti diberitakan sebelumnya, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan layanan soal jawab tentang Islam di bas-bas CTA pada tanggal 19 September sehingga 20 Oktober lepas. Dan iklan itu dilanjutkan sehingga 23 November selepas itu kerana mendapat respon yang positif dari masyarakat Chicago.

Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar US$30.900 dollar bagi menampung pembiayaan dan peruntukan pemasangan iklan 25 bas CTA yang melalui jalanraya di seluruh Chicago. Setelah iklan itu dilancarkan, GainPeace menerima ribuan panggilan telefon dan laman webnya dikunjungi lebih dari 300.000 orang. GainPeace juga memberikan Al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggreis, majalah The Message on Prophet Muhammad serta risalah dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam.

Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan pesanan dari iklan itu adalah untuk menimbulkan minat masyarakat terhadap berbagai informasi tentang Islam, sehingga boleh memperbetulkan penafsiran dan pemahaman yang salah tentang Islam.

Selain GainPeace, kempen serupa juga dilakukan ICNA, organisasi Muslim yang berpusat di New York dan memiliki 22 cabang di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu di Seattle dan New York. Di New York, ICNA menampilkan lebih dari 1,000 iklan layanan soal jawab tentang Islam di stesyen-stesyen kereta bawah tanah.

Kerana kempen dengan cara itu berjaya, kota-kota lainnya di AS dan Kanada sudah meminta bantuan agar ICNA juga melakukan kempen yang sama di kota-kota tersebut.


















Rabu, Oktober 20, 2010

Kebebasan Media Malaysia : Terburuk Dalam Tempoh 9 Tahun


Kedudukan Malaysia jatuh 10 anak tangga kepada 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010 (boleh klik di sini bagi pembaca blog ini) - menunjukkan pencapaian yang terendah dalam tempoh sembilan tahun - dalam senarai 178 buah negara di seluruh dunia.

Malaysia gagal memanfaatkan peningkatan kedudukannya pada tahun lalu yang naik satu anak tangga dari 131 kepada 132.

Isu-isu yang mungkin menjejaskan kedudukan Malaysia termasuk siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap video kepala lembu Malaysiakini, penangkapan penulis blog RPK dan pengharaman buku kartunis Zunar.

Sabtu, Oktober 16, 2010

Konspirasi Illuminati : Kenapa Yahudi Inginkan Baitulmaqdis

Misi penting Yahudi untuk membina semula Solomon Temple


Aktiviti ritual atau penyembahan syaitan


Sedikit lakaran tentang Solomon Temple


Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanya taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.

Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.


Nabi Sulaiman wafat ketika berdiri atau duduk atas kerusi semasa memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa. Sampai masa siap sepenuhnya, barulah kewafatan baginda dipertunjukkan dengan anai-anai makan tongkat baginda dan jasad baginda terjatuh. Ini nak menunjukkan bahawa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib.

Khamis, September 30, 2010

Ground Zero : Menang Perundangan, Kalah Pendapat Awam


Oleh - Amirul Dzulkifli

Pada awal Ogos lalu, pihak berkuasa di Hamburg, Jerman, bertindak menutup Masjid Taiba atas alasan masjid berkenaan digunakan untuk merancang serangan 11 September 2001 di New York dan Washington. Menurut Kementerian Dalam Negeri Hamburg, masjid tersebut terpaksa ditutup selepas kumpulan remaja yang diradikalkan ada hubungan dengan masjid itu, kebanyakannya merupakan warganegara Jerman dengan asal-usul dari negara Islam. Sebelum ini, di Switzerland, menara tidak dibenarkan dibina untuk masjid baru.

Merentas Atlantik, masjid mencetuskan kontroversi dan polemik, seperti berlaku di Amerika Syarikat sejak beberapa bulan lalu. Kumpulan Islam di negara itu terpaksa berhadapan penentangan sengit yang tidak dijangkakan dalam usaha mereka membuka masjid di Lower Manhattan, dan di biara kosong di Staten Island. Protes juga dilaporkan berlaku di tempat-tempat lain, Sheboygan, Wisconsin; dan Dayton, Ohio. Bukan sahaja cadangan untuk menubuhkan masjid baru mendapat tentangan, bahkan masjid sedia ada turut menjadi sasaran.

Pada akhir Ogos lalu, Pusat Islam Murfreesboro di Tennessee tengah disyaki dibakar dan dilaporkan berlaku tembakan di situ. Pusat Islam yang wujud hampir 30 tahun itu mendapat perhatian nasional kerana dirancang untuk diperluas menjadi bangunan lebih besar dan dari beberapa segi berkaitan dengan cadangan membina pusat Islam yang letaknya dua blok dari tapak serangan 11 September di New York.

Khamis, September 23, 2010

Saintis Buktikan Nabi Musa Belah Laut

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri)
dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Selasa, Mei 18, 2010

Angin Perubahan Politik Dunia


Jika kita melihat perkembangan politik di seluruh dunia kini, terbukti kuasa rakyat melalui proses pendemokrasian jelas menjadi senjata untuk menguburkan penguasaan parti pemerintah negara yang dipenuhi rasuah, penyelewengan kuasa, diktator, pemerintahan dimonopoli kroni dan sebagainya. Rakyat mula berubah angin memberi kepercayaan kepada parti-parti baru untuk menerajui negara mereka, yang mana ianya dilihat lebih mendengar keluhan dan rintihan rakyat bawahan secara keseluruhannya.

Bermula dengan Turki pada November 2002, AKP Turki (Parti Keadilan dan Pembangunan Turki) telah mencipta sejarah sebagai parti politik Islam pertama yang berjaya membentuk pemerintahan di Turki. Di Amerika Syarikat juga pada November 2008, mencipta sejarah apabila calon Presiden Parti Demokratik berkulit hitam, Barack Obama menewaskan calon Presiden Parti Republikan, John McCain, yang mana Parti Republikan adalah parti yang memerintah Amerika Syarikat sebelum ini seperti diketahui umum ianya diterajui George W. Bush.

Di Jepun, Liberal Democratic Party (LDP), yang telah memerintah negara Jepun sejak sekian lama, namun ia akhirnya telah tumbang kepada parti pembangkang, setelah rakyat sudah muak dengan dasar kerajaan yang tidak dapat memenuhi aspirasi rakyat. Angin perubahan terbaru, ianya juga berlarutan hingga ke Britain dan Filipina. Di Britain,selepas pilihan raya, pecahan kerusi yang dimenangi ialah; Parti Konservatif meraih 306 kerusi, Parti Buruh 258, Parti Liberal Demokrat 57, dan lain-lain parti 29.

Khamis, Mei 13, 2010

PM Baru Britain Paling Muda Dalam Tempoh Hampir 200 Tahun

CAMERON (kiri) bersama Timbalannya, Clegg di luar 10 Downing Street di London,

semalam selepas membentuk kerajaan.



LONDON: David Cameron, pemimpin muda yang memodenkan parti berhaluan kanan yang pernah dipimpin ikon politik Britain Margaret Thatcher, dilantik Perdana Menteri kelmarin berikutan peletakan jawatan Gordon Brown, sekali gus menamatkan kemelut pilihan raya yang menyaksikan kembalinya parti Konservatif mengetuai kerajaan campuran selepas 13 tahun di bawah pemerintahan Parti Buruh.


Mengikut amalan, Ratu Elizabeth II melantik Cameron sebagai Perdana Menteri di Buckingham Palace – yang menandakan berakhirnya tarik tali di antara Cameron dan Brown untuk mendapatkan kerjasama parti ketiga Britain, parti Liberal Demokrat berikutan pilihan raya yang tidak memberi majoriti kepada mana-mana parti.

Dalam beberapa minit saja, Cameron, yang berusia 43 tahun, dilantik ke Nombor 10, Downing Street, pejabat dan kediaman Perdana Menteri, untuk menjadi Perdana Menteri paling muda dalam tempoh hampir 200 tahun, sejak Lord Liverpool memegang jawatan berkenaan pada usia 42 tahun.

Selasa, April 20, 2010

Osama Bin Laden : Hidup Atau Mati?


Oleh : NOOR AZAM SHAIRI

WASHINGTON DC jadi tumpuan baru-baru ini apabila 47 ketua kerajaan, dan sesetengahnya hanya menghantar wakil, berhimpun untuk Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear. Sembilan daripada mereka mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tumpuan media di serata dunia sepanjang sidang kemuncak itu – seperti mana yang dilihat – adalah kepada pemimpin negara masing-masing serta isu-isu serantau yang berkaitan. Satu isu yang barangkali terlepas daripada radar media minggu lalu ialah kenyataan tegas Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani mengenai Osama bin Laden.

“Osama tidak ada di bumi Pakistan,” katanya dalam satu wawancara dengan CNN, sehari menjelang sidang kemuncak itu. Tambah Yousuf, kalau sekalipun Osama berada di Pakistan, dia tidak akan terlepas daripada asakan tentera republik Islam itu di Lembah Swat dan Waziristan Selatan.
Related Posts with Thumbnails