CAHAYAKU YANG SETIA..
Perumpamaan iman dalam hati ibarat tanaman, cahaya iman di hati siramannya adalah ilmu ALLAH..
Setiap kali ilmu bertambah, maka hati pun akan bertambah subur dan hidup dengan cahaya ma'rifatullah, disusuli dengan cahaya-cahaya amal..
Moga CAHAYA IMAN dan CAHAYA ISLAM kan terus setia bersamaku.. Menjadi cahayaku yang setia..
Ditemani cahaya ketenangan dan cahaya kebahagiaan..
Hingga akhir hayatku..
Amiiin.. Ya Rabbal A'lamiiin..
Jumaat, April 02, 2010
Program Lambaian Menara Gading 2010 Peringkat Negeri Kedah
Assalamualaikum..
Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) dengan kerjasama Urusetia Belia Kerajaan Negeri akan menganjurkan Program Lambaian Menara Gading 2010 Peringkat Negeri Kedah..
Sedikit pindaan dari poster yang pertama dari sudut bayaran Yuran..
PERCUMA!!!
Untuk makluman, kerajaan negeri Kedah telah pun membuka ruang yang sangat baik kepada kita untuk terus mengadakan program sebegini..
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Kedah yang diwakili oleh Ustaz Musoddak, Pegawai Khas Urusetia Belia Kerajaan Negeri, telah pun memberikan sumbangan yang agak banyak kepada program ini, demi masa depan anak-anak muda di negeri ini.
Oleh itu, mohon kerjasama dari semua sahabat-sahabat supaya menyebarkan semampu boleh poster ini kepada semua semua mahasiswa/i kampus anak negeri Utara agar tidak melepaskan kesempatan ni untuk menghantar adik-adik mereka hadir ke program yang julung-julung kali diadakan ini....
Harap maklum.. Wallahua'lam..
TENTATIF LAMBAI’ 10
7.30 pg : Pendaftaran peserta
9.00 pg : Perasmian
10.00 pg : Slot 1
Tajuk: Halatuju dan Peranan Mahasiswa Masa Kini
11.15 pg : Rehat
11.30 pg : Slot 2
Tajuk: Perkongsian bersama bekas pelajar Matrikulasi & Maktab
12.00 pg : Slot 3
Tajuk: Perkongsian bersama bekas penuntut Diploma & Ijazah
1.00 ptg : Rehat & solat Zohor
2.00 ptg : Slot 4
Tajuk: Perkongsian bersama bekas penuntut luar Negara & Timur Tengah
Salam Perkenalan dan Salam Persahabatan buat semua..=)
Laman ini.. Sekadar perkongsian warna-warni kehidupan, untaian aliran ilmu dan medan rencaman dakwah.. Secebis perkongsian minda, segugus bicara hati.. Renungkan bersama kata-kata ini..
"Aliran ilmu umpama aliran air. Air sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi, ke tempat yang rendah. Lebih rendah sesuatu tempat itu, maka semakin banyaklah air yang bertakung di situ. Justeru, lembah dan lurah seringkali bertukar menjadi tasik, sungai dan ngarai. Maka begitu juga ilmu, perlu 'ditakung' dengan hati yang merendah diri. Semakin tawadduk dan rendah diri seseorang itu, semakin banyak ilmu yang bakal dimiliki dan diwarisinya.."
Ambillah apa yang baik buatmu, sebagai CAHAYA dalam kehidupan ini.. bila adanya gelap, barulah terserlah gemerlapan cahaya itu.. barulah tersedar 'kehadiran' cahaya itu.. Maka, lihatlah dari kaca mata kehidupan yang sebenar.. bukan dari kaca mata yang sering tertipu..=)
Anak Sulung Permata Ayah Bonda..
Abang Kepada Adik-Adik Tercinta..
Kembara Ilmunya Bermula di TASKI Bukit Besar (1993), Kemudian ke SK Spg Tiga Sg Daun (1994-1999), SMKA YAN, Kedah (2000-Feb 2003), KISAS, Selangor (2003-2004), UM Nilam Puri, Kelantan (2005-2007).
Merupakan Mantan Exco Akademik Dan Intelektual, Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH) Universiti Malaya Kuala Lumpur
Sesi 2008/2009, Mantan Bendahari Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH) Universiti Malaya Kuala Lumpur
Sesi 2009/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan