
Disediakan oleh : Faiz Hj. Othman
ALOR SETAR, 17 Nov. 2009 – Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan Y.A.B Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak telah menggariskan beberapa keperluan baru bagi meningkatkan ekonomi Negeri Kedah serta kebajikan terhadap rakyat.
Dalam sesi ucapan ketika membentangkan Bajet 2010, terdapat beberapa perkara penting yang menjadi nadi pengurusan ekonomi yang cekap dan baik oleh kerajaan negeri Kedah antaranya :
* Sehingga Ogos 2009, Kedah menerima kelulusan pelaburan berjumlah
RM 837, 345, 329 iaitu merupakan
negeri kelima mendapat pelaburan tertinggi di Malaysia selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
* Pengurangan hasil tanah berikutan langkah kerajaan memberi rebet kepada hasil tanah sebanyak 50% berjaya ditampung melalui peningkatan hasil di bidang-bidang berikut :
* Kenaikan kutipan royalti bahan batuan sebanyak RM 19 juta tahun ini kerana usaha penguatkuasaan dan pengurusan yang rapi oleh Pejabat-Pejabat Tanah.
* Kenaikan hasil balak daripada RM 8 juta setahun sebelum ini kepada RM35 juta pada tahun 2009 kerana polisi atau
dasar tender terbuka yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri.