Isnin, Januari 11, 2010

Undang-Undang Sarang Labah-Labah (Bahagian 1)



Akhbar Sinar Harian bertarikh 10 Januari 2010 baru-baru ini melaporkan di Yangon, Myanmar, seorang kakitangan Kementerian Luar dan seorang bekas pegawai tentera Myanmar dihukum mati kerana didapati bersalah membocorkan maklumat sulit negara dan kerajaan, kepada Korea Utara.

Hukuman ke atas dua orang pesalah itu diputuskan oleh sebuah mahkamah dalam penjara Insein pada Khamis lalu. Manakala pesalah ketiga dihukum penjara selama 15 tahun atas kesalahan berkaitan. Ketiga-tiga defendan tersebut ditangkap selepas gambar dan dokumen lawatan pegawai kanan kerajaan junta Myanmar, Jeneral Thura Shwe Mann ke Korea Utara tersiar di sebuah laman web.

Gambar tersebut menunjukkan Shwe Mann dan rombongan pengiring tersebut melawat kemudahan tentera di Korea Utara dan China. Laman web yang dikendalikan di Thailand itu mendakwa lawatan Shwe Mann tersebut adalah bertujuan mendapatkan senjata api selain membincangkan projek pembinaan terowong dan beberapa isu lain.

Itu kisah di Myanmar. Di Malaysia pula , pelbagai kes terbaru akhir-akhir ini, yang boleh mencerminkan sejauh mana keadilan dan ‘kejernihan’ perundangan negara kita. Walaupun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menjelaskan nilai sebenar enjin jet yang dicuri itu ialah RM303 570 yang dikatakan berdasarkan kontrak pembelian pada tahun 1972, dengan mengambil kira tukaran mata wang negara pada masa itu, namun rakyat masih tertanya-tanya, di manakah wibawa pasukan keselamatan kita?? Bagaimana enjin pesawat F5-E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tersebut boleh hilang??

Biarlah pada awal kes ini dikesan, diumumkan enjin pesawat yang hilang tersebut bernilai RM50 juta, dan beberapa kemudian nilai itu meningkat menjadi RM100 juta sebabnya enjin yang hilang bukannya satu, tetapi dua unit enjin yang hilang.

Kemudian yang terbaru, nilai sebenar dikatakan pula ialah RM 303 570. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pula menyatakan berapa unit enjin yang telah hilang, satu atau dua??

Rakyat sekarang melihat segala telatah dan tindakan kerajaan. Rakyat mungkin sebahagiannya mahu tahu jumlah ataupun nilai enjin tersebut, mungkin juga tidak ambil kisah sangat tentang jumlah dan nilainya, kerana apa yang lebih penting, bagaimana enjin tersebut boleh hilang, itu yang lebih mencurigakan rakyat.

Bayangkan enjin yang begitu besar dan berat itu, bagaimana ia boleh hilang dari simpanan di Gudang Material Udara TUDM yang dikawal ketat sepanjang 24 jam?? Tidak pelikkah rakyat Malaysia semuanya begitu mudah untuk ‘pencuri’ tersebut meloloskan diri.

Dua orang yang telah ditahan dan didakwa di mahkamah atas tuduhan berhubung isu kehilangan enjin tersebut, diharapkan perbicaraan itu nanti dapat dijalankan secara telus, sehingga hal sebenar terbongkar dengan keadilan ditegakkan.

Nilai sebenar terkini dikatakan RM 303 570 itu juga bukanlah suatu jumlah yang kecil. Jika dua unit enjin yang hilang, maka jumlahnya sudah RM 600 000 lebih. Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, kos sara hidup meningkat, kenaikan harga gula 20 sen sekilogram, dan banyak lagi, jumlah tersebut lebih layak diberikan kerajaan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan, daripada ‘dicuri’ oleh pengkhianat negara sebegitu.

Wang negara adalah wang rakyat. Ia adalah amanah besar buat kerajaan untuk menjaga hal ehwal negara dan rakyat jelata. Namun. Jika rasuah, penyelewengan dan kerakusan kuasa bermaharajalela, biar rakyat yang menentukan nasib politik mereka kemudian hari. Setiap orang ada zaman kemuncak dan ada zaman jatuhnya. Hidup ini seperti roda, sekejap di atas, dan sekejap di bawah… Renungilah..


p/s : Artikel siri kedua tajuk ini akan bersambung dalam siri yang akan datang..=)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails