Rabu, Jun 02, 2010

Siri 4 : Ukhuwwah Mahabbah, Jamaah Yang Marhamah


Ukhuwwah yang bersendikan mahabbah.

Jamaah yang berdasarkan marhamah.


Sudah tiba saatnya ummat Islam (terutama pemimpinnya), memberikan pimpinan dan bimbingan kepada ummat yang di bawah, memberi penjelasan siapakah kawan dan siapa lawan. Siapa kawan yang diajak serta mengerjakan usaha besar ini, memenangkan Kalimah ALLah di muka bumi.


Siapa lawan yang wajib ditentang,selaras dengan ajaran ALLah dan RasulNya. Sudah tiba saatnya ummat Islam diberi contoh teladan hidup persaudaraan dalam agama.


Kesampingkan soal-soal yang mungkin meretakkan persaudaraan dan persatuan. Letakkan di hadapan kita, bahawa kepentingan Agama ALLah melebihi segala kepentingan.


Susunlah barisan kaum Muslimin, saf kaum Muslimin ini sepertimana yang disebutkan ALLah:

“Seperti bangunan (binaan) yang tersusun rapi”.

(Surah al-Saf: Ayat 4)


Atasi kesulitan yang mungkin membawa retak dan lemah. Cari titik persamaan, singkirkan titik perbezaan sengketa. Tempuhi jalan yang membawa kekuatan, elakkan perselisihan yang membawa lemah. ltulah yang diharap-nantikan oleh umat yang di bawah, kepada pemimpin.


Itulah suruhan dan pesanan agama kepada pimpinan. Itulah amanat dan wasiat Rasul, kepada pimpinan. Cari dan susun kekuatan kepada rakyat. Atur dan sahurkan kekuatan itu merebut kemenangan, menegakkan Kalimah ALLah di muka bumiNya.


Percayalah, potensi ummat masih utuh, menunggu pimpinan dan perintah:

Dari Pemimpin!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails