Selasa, November 23, 2010

Takaful Untuk Bencana Alam

Gambaran dari pandangan atas,
keadaan banjir di Kedah


Perabot-perabot yang turut rosak
ditenggelami air banjir


Kereta-kereta yang tidak sempat diselamatkan
kelihatan tersadai dalam banjir yang melanda



Hakikat kehidupan seharian, kita tidak dapat mengelak daripada terdedah kepada sebarang kemungkinan terutamanya yang berbentuk musibah dan malapetaka.

Musibah boleh menimpa kita tanpa mengira darjat, pangkat, umur, bangsa dan warna kulit. Ia mendatangkan mudarat dan penderitaan kepada kita dan akhirnya kita akan menanggung pelbagai beban dan kesulitan.

Lebih malang, kaum keluarga kita sendiri seperti anak dan isteri kita akan turut menderita.

Seringkali bencana alam seperti banjir datang secara tiba-tiba, kita akan menjadi panik dan buntu memikirkan apa yang harus dilakukan seterusnya.

Apabila musibah sebegini melanda, kita tidak akan berfikir panjang, dengan segera kita menyelamatkan diri dan meninggalkan rumah dan harta benda yang lain ditenggelami air.

Dalam kes bencana banjir yang sering melanda negara pada setiap penghujung dan awal tahun, ramai penduduk di negeri-negeri yang dilanda bencana alam ini mengalami kemusnahan tempat tinggal dan harta benda.

Bagi mereka yang mengambil perlindungan takaful, mungkin mereka boleh mengemukakan permohonan mendapat pampasan kepada syarikat pengendali takaful mereka. Ini sedikit sebanyak dapat meringankan masalah yang ditanggung oleh mereka akibat banjir.

Bagi yang tidak mempunyai sebarang pelan perlindungan, ia merupakan satu masalah bagi mereka.

Kita perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya sesuatu musibah seperti kemusnahan harta benda akibat banjir.

Dengan kata lain, tanpa persediaan awal, kita mungkin berhadapan dengan risiko yang lebih berat.

Sehubungan itu, risiko-risiko ini perlu diurus dengan bijaksana supaya kesannya dapat dikurangkan dan tidak memberi kesan mendalam ke atas ketahanan fikiran dan jasmani manusia.

Dalam konteks hari ini, di antara kaedah untuk menguruskan risiko ialah melalui takaful.

Malah menjadi suatu kemestian di mana rumah yang dibeli perlu dilindungi takaful, kereta perlukan kepada perlindungan takaful, pendidikan dan kesihatan perlukan takaful. Pendek kata hidup kita hari ini perlu dilindungi oleh pelbagai perlindungan takaful sama ada kita suka ataupun tidak.

Takaful adalah insurans secara Islam yang berteraskan semangat saling tolong menolong, saling bekerjasama dan saling jamin menjamin. Tujuan dan objektif takaful adalah menyediakan jaminan perlindungan sewaktu ditimpa musibah.

Justeru konsep takaful adalah sangat baik kerana ia bukan sahaja dapat menyediakan bantuan kewangan ketika kesusahan malah lebih jauh daripada itu ia dapat melindungi akidah, nyawa, keturunan, akal dan harta benda sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

Keperluan kepada perlindungan sangat dititikberatkan oleh al-Quran. Malah aspek perlindungan ini tidak boleh dipandang remeh.

Allah berfirman yang bermaksud: Hendaklah kamu merasa bimbang untuk meninggalkan zuriatmu dalam keadaan lemah… (al-Nisa': 9).

Pernahkah anda terfikir mengapa anda perlu mengambil perlindungan Takaful dalam memelihara kehidupan dan harta benda anda untuk masa hadapan?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails