Sabtu, Januari 29, 2011

Islam Berkembang di Dunia Barat


Semakin Islam ditekan, semakin Islam diterima di negara-negara barat. Hari Pembakaran Al-Quran Sedunia yang dicetuskan dalam memperingati runtuhnya World Trade Centre, New York, misalnya mencetuskan gelombang kebangkitan Islam di sana secara senyap.

Sebuah akhbar di Amerika, “An-Niqab”, telah menyiarkan bahawa Islam tersebar dengan begitu cepat di kalangan berbagai keturunan dan kelompok etnik masyarakat Amerika, seperti Puerto Rico, Dominica, Mexico, Cuba, dan Sepanyol. Hampir 35% dari mereka adalah pelopor Pusat Islam Hudson Utara di kawasan New Jersey.

Akhbar Amerika “New York Times” menyebutkan: “Sebahagian besar dari mereka yang masuk Islam di Amerika Syarikat adalah dari komuniti Hispanik (keturunan Sepanyol).

Bahkan hasil daripada kajian, hampir 200 000 orang Hispanik masuk Islam di Amerika setiap tahun. Dan di antara mereka adalah Musa Franco, keturunan Colombia dan dia telah memeluk Islam ketika berusia 13 tahun.”

Akhbar tersebut menambah: “Miriam Celeste telah memeluk Islam pada tahun 2002, dan dia sedang merancang untuk memakai pakaian dengan mengikuti fesyen masa kini, namun tetap dengan ukuran Islam.”

Akhbar tersebut juga menyatakan bahawa seorang Muslimah bernama Rodriguez yang telah memeluk Islam pada tahun 2000 memutuskan untuk memakai niqab dan menjadi seorang Muslimah yang taat.

Kini umat Islam di Amerika sudah mencecah 2 juta orang daripada 310 juta keseluruhan rakyat Amerika. Islam semakin berkembang dengan begitu meluas di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, pemain billiard terkenal dunia, David John mengumumkan dirinya memeluk agama Islam dalam satu upacara di bandar Mashad, Iran timur laut.

David pernah menjadi juara EBSA, kejohanan billiard yang penting di peringkat dunia, pada tahun 2002 dan 2003.

Sebelum ini juga, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu.

Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas Perdana Menteri Britain itu. "Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail.

Ipar tiri Tony Blair, Lauren Booth, ternyata tidak sendirian memilih Islam sebagai agama barunya sekembalinya melawat kota suci Qom, Iran. Pilihan iman wartawan dan penyiar television Iran itu rupanya juga diikuti sejumlah perempuan moden Britain lainnya.

Eve Ahmed, perempuan yang bertugas sebagai penulis adalah di antara yang dimaksudkan. Eve dilahirkan di London, ibunya orang Inggeris sementara ayahnya Muslim berasal Pakistan. Pernah memberontak kerana dipaksa ayahnya untuk mengamalkan cara hidup muslim, namun akhirnya dia sendiri yang jatuh hati kepada Islam selepas diberi hidayah.

Kristane Backer pula, 43 tahun, adalah bekas pengacara MTV di London. Sejak belia, pilihan hidupnya adalah menjadi perempuan bebas, bergaya hidup Barat, modern, dan liberal. Namun, apa alasannya memilih Islam?

Perkenalannya terhadap Islam bermula saat bertemu dengan bekas pemain kriket Pakistan, Muslim Imran Khan, pada 1992, di kala kariernya meroket, selanjutnya pemuda itu mengajaknya ke Pakistan. Dari sinilah dia mulai tersentuh dengan nilai-nilai spiritual yang tak pernah dirasai dan terkesan dengan kehangatan masyarakat.

Lyne Ali, 31 tahun. Perempuan asal Dagenham, Essex, pertama kali bersentuhan dengan Islam melalui sahabatnya beragama Islam. Dia mengaku selama ini merupakan tipikal perempuan yang suka berpesta.

Namun ketika bertemu dengan sahabatnya, Zahid, di universiti atau kadang-kadang dalam suasana dramatis. Lalu, "Saudara perempuannya berbicara tentang Islam, dan hal tersebut meresap dalam kalbu saya. Saya fikir, saya harus mencari sesuatu dan saya merasa kebiasaan saya mabuk dan berpesta tak ada gunanya.

Lynne pindah agama pada usia 19 tahun. "Saat itu juga saya mengenakan jilbab," jelasnya. Sekarang, "Saya tak pernah lagi mempertontonkan rambut saya di depan awam. Di rumah, saya akan mengenakan pakaian Barat hanya untuk suami, tapi kalau keluar tak pernah."

Camilla Leyland, 32 tahun. Guru yoga ini tinggal di Cornwall memilih Islam sebagai agama baru. Ibu dari anak tunggal, Inaya, memeluk Islam di tengah maraknya diskusi soal "feminisme" di Barat.

Membesar di Southampton, ayahnya seorang pengarah Institut Pendidikan Shoutampton dan ibunya guru ekonomi. Camilla tertarik pada Islam sejak di bangku sekolah. Kenal Islam melalui kawan-kawan.

Manakala populasi muslim di UK meningkat sekitar 2.5 juta orang di antara tahun 2004-2008. Semakin hari, semakin bertambah ramai yang minat tentang Islam.

Sehinggakan dari laporan, ada Sekolah Dasar Katolik Sacred Heart di Blackburn, United Kingdom bakal menjadi sekolah Katolik pertama yang akan bertukar menjadi sebuah sekolah Islam, kerana pertambahan murid-murid Islam dan menjunamnya jumlah murid beragama katolik di sekolah tersebut.

Berdasarkan Undang-undang tempatan, Dewan Kota Blackburn perlu mencari pihak lain yang akan mengelola sekolah tersebut, jika lembaga Katolik tidak lagi mengelolanya.

Peluang ini dinantikan oleh masyarakat Islam di Blackburn, UK. Masjid Tauheedul Islam di kota itu adalah salah satu-satunya pihak yang menyatakan berminat untuk mengambil alih pengelolaan Sacred Heart, meski saat itu masjid tersebut sudah pun memiliki sebuah sekolah khusus untuk anak perempuan.

Ketika isu itu berlaku, dilaporkan cuma ada 11 sekolah Islam yang dibiayai pemerintah di seluruh UK. Sehingga kini, kita percaya sudah berlaku pertambahan. Masyarakat Islam masih memerlukan lebih banyak lagi sekolah-sekolah Islam, bagi menampung pertambahan dan permintaan yang tinggi dari masyarakat muslim di sana.


p/s : Islam semakin diterima di sana, tetapi bagaimana kita di Malaysia? Tidak mahu kepada Islam lagi?? Tidak mahu kepada gaya hidup Islam yang sebenar?? Berfikirlah dan ubah sekarang!! (pinjam trade mark kejap..hehe..) Moga-moga segala usaha dan doa kita semua diperkenankan..=)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails