Isnin, Oktober 04, 2010

HUKUM & Undang-Undang Apa Yang Kita Inginkan??

Adakah selamanya kita hanya mahu mengguna pakai undang-undang
peninggalan British sebagai 'the law of command' di negara kita??


Kembalilah kepada hukum dan syariat Allah, bukan dalam hal ibadat,
muamalat, dan munakahat sahaja, bahkan dalam hukum jinayat, bagi
membendung gejala sosial masa kini yang semakin parah.



Pilihanraya umum untuk perlembagaan, majlis pembentuk undang-undang dasar, mengganti undang-undang dasar ciptaan Suruhanjaya Reid yang ada, hasil peninggalan British dari dulu hinggalah sekarang.


Dasar apa yang kita hendak pakai, undang-undang apa yang kita hendak gunakan, isme (fahaman) apa yang kita inginkan?


Demikianlah sesungguhnya isi dan tujuan dan pilihanraya yang akan datang. Kalau anda seorang komunis, pastilah anda akan menjawab, bahawa sistem komunislah yang anda pilih untuk menjadi dasar negara Malaysia ini.


Kalau anda seorang sosialis, tentu anda akan memilih dasar sosialisme. Kalau anda seorang nasionalis amat wajar anda memilih nasionalisme (‘asabiyyah).


Samada komunis, sosialisme, nasionalisme... semuanya itu menolak dan menentang Undang-undang Islam dilaksanakan dalam negara. Semuanya itu anti berjalannya hukum Islam dalam masyarakat.


Menurut keyakinan golongan di atas, agama tidak boleh dibawa-bawa ke dalam masyarakat, tidak boleh ikut campur mengatur negara. Menurut mereka, agama dan ajarannya; hukum ALLah itu cukup hanya hal-hal di dalam ibadah dan masjid, cukup hanya untuk mengurus orang yang sudah mati, menuju jalan akhirat.


Bagi kita sebagai seorang Muslim, seorang yang bersyahadah, yang selalu rukuk dan sujud, hukum apa, dasar apa, isme (fahaman) apa yang layak dan wajib kita perjuangkan? Relakah kita sebagai seorang Muslimin menggunakan hukum dan undang-undang atau fahaman, selain dan hukum dan Undang-undang ALLAH?


Layakkah bagi kita sebagai seorang Muslimin, mengaku beragama Islam, mengaku menjadi ummat Muhammad, mendokong ideologi yang tidak berdasarkan kepada Islam. Layakkah kita menganut fahaman lain, dan memperjuangkan keyakinan lain? Bukan dasar Islam, bukan Hukum Islam atau Undang-undang Islam?


Sesungguhnya ajaran Islam dalam al-Qur’an dan al-Hadith telah cukup memberi peringatan dan didikan kepada ummat Islam. Islam telah memberikan hukum dan undang-undang yang lengkap; melingkupi segenap segi kehidupan, ukhrawi dan duniawi, ‘ibadat, mu’amalat, munakahat dan jinayat. Sama ada mengenai kehidupan orang perseorangan, mahupun mengenai masyarakat dan negara - semuanya terdapat di dalam Islam.


Menjawab pertanyaan, hukum apa yang wajib dijalankan oleh kaum Muslimin, ALLah Subhanahu wa Ta’ala berfirman di dalam al-Qur’an.


“Dan hendaklah kamu menghukum di kalangan mereka dengan hukum yang diturunkan oleh ALLah, jangan kamu menurut hawa nafsu orang banyak, awaslah percu baan mereka untuk menyesatkan kamu dan sebahagian hokum yang telah diturunkan oleh ALLah kepadamu. Sekiranya mereka berpaling, ketahuilah! bahawa tidak lain melainkan ALlah akan menimpakan ‘azab siksa kepada mereka kerana sebahagian dan dosa yang mereka laksanakan, Sesungguhnya kebanyakan dari manusia itu fasiq dan durhaka”.

(Surah al-Maidah: Ayat 49)



Wala tattabi’ ahwa’ahum!


Jangan kamu mengikutkan kehendak hawa nafsu orang ramai, yang hendak bertahkimkan bukan kepada ALLah dan RasulNya, tetapi kepada fikiran dan nafsu orang banyak. Hukum keadilan, hak dan kebenaran, bukan menurut ukuran hawa nafsu orang banyak, bukan ditentukan oleh otak dan fikiran manusia ramai.


Tauhid dan musyrik, Iman dan munafiq, Islam dan kufur, haq dan batil, sunnah dan bid’ah, kezaliman dan keadilan, ukurannya bukan terletak pada otak dan fikiran, tetapi ditetapkan oleh ALLah dan RasulNya. Sesungguhnya Islam tidak menyuruh manusia bertahkimkan kepada demokrasi, suara terbanyak (separuh tambah satu); tetapi melalui syura yang diperintahkan, berdasarkan kepada nas al-Qur’an dan al-Hadith, itulah yang wajib dipatuhi.


Apa hukumnya parti atau golongan organisasi yang tujuan perjuangannya bukan untuk melaksanakan Hukum ALLah? Apa hukumnya ummat Islam memasuki parti yang sedemikian itu? Apa hukumnya orang menggunakan undang-undang dan hukum, bukan undang-undang dan hukum yang diturunkan ALLAH, Al-Qur’an menjawab:


“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum yang diturunkan oleh ALLah, maka mereka itulah orang kafir”.

(Surah al-Maidah: Ayat 44)


“Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang di turunkan oleh ALlah maka mereka itulah orang-orang yang zalim “.

(Surah al-Maidah: Ayat 45)


“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLah, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq”.

(Surah al-Maidah: Ayat 47)



Kafir, zalim dan fasiq..


Kafir, jikalau orang menganggap bahawa hukum ALLAH itu tidak layak dan tidak sesuai untuk menjadi undang-undang negara. Kafir, jikalau orang menganggap ada lagi peraturan lain yang lebih baik daripada peraturan ALLAH dan RasulNya.


Zalim, jikalau orang menggunakan hukum dan undang-undang selain dari hukum dan undang-undang ALLAH - kerana tidak mengetahui tentang hukum ALLAH. Zalim meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Zalim menipu dan menganiaya diri sendiri, menganiaya orang banyak dan rakyat.


Fasiq jikalau orang mengetahui hukum ALLAH dan Rasul, tetapi kerana beberapa sebab, tidak mahu menggunakan Hukum ALLAH itu.


Begitu tegasnya al-Qur’an memberi peringatan dan tegahan kepada kaum Muslimin, supaya jangan menerima hukum selain dan Hukum ALLAH dan RasulNya.


Jangan mencari isme, aqidah dan dasar, selain daripada Islam. Jangan mengikut hukum dan keyakinan lain dari hukum dan keyakinan Islam. Jangan membantu memperjuangkan dasar lain dan apa yang diperjuangkan oleh dasar Islam.


“Apakah mereka menghendaki hukum jahiliyyah? Bukankah tidak ada yang lebih baik dan adil selain dari hukum ALLAH bagi kaum yang percaya”.

(Surah al-Maidah: Ayat 50)


Hukum dan undang-undang yang menyimpang dan bertentangan dengan ajaran Islam, menurut al-Qur’an dipandang sebagai hukum jahiliyyah samada jahiliyyah purba mahupun jahiliyyah moden.


Ummat Islam yang bernaung dan berjuang bukan dalam jamaah Islam, yang hendak memperjuangkan hukum dan cita-cita Islam, mereka sesungguhnya berada di barisan yang hendak menegakkan hukum jahiliyyah, hukum taghut.


Setiap orang Islam, setiap muslim dan muslimat, yang mengaku beriman kepada ALLah, kepada Rasul dan kepada KitabNya, wajib rela dan sedia menjalankan hukum ALLAH, dalam dirinya, keluarganya, jiran tetangganya, kampung halamannya, wilayah dan daerahnya serta negara dan bangsanya.


Kerelaan dan kesediaan menenima Hukum ALLah, ketentuan dan keputusan dari ALLAH, menjadi ukuran iman dan kemenangan hidupnya, seperti yang diterangkan oleh al-Qur’an:


“Tidak lain sambutan ummat Mukminin, apabila mereka diajak kepada ALLAH dan RasulNya supaya menghukum di antara mereka, ucapannya ialah: ‘Kami dengar dan kami taat’ dan mereka itulah orang yang akan mendapat kemenangan “.

(Surah al-Nun: Ayat 51)




p/s : sambungan tentang 'kami dengar dan taat' akan menyusul dalam siri ke2 selepas ini..=)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails