Sabtu, November 07, 2009

Hidup Bola?? Di Mana 'Goal'nya..


Hidup bola? Makan bola? Tidur pun bola? Hehehe.. Mungkin kemeriahan sebegini lebih dirasai pada musim Piala Dunia berlangsung. Namun, pada Sabtu malam ni pastinya bagi peminat bola sepak tempatan, sesuatu yang amat dinanti-nantikan. Final bola sepak Piala Malaysia, piala berprestij di bumi Malaysia la katakan.. (walaupun kualiti permainan tu entah la camna kan.. hehehe..) Akan tetapi, saya pasti tetap menyokong bola sepak negara..terutamanya pasukan Kedah..=)

Pasukan mana yang akan menjulang trofi Piala Malaysia 2009 bakal terjawab di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam sabtu ini, adakah skuad The Red Warriors yang juga diberi jolokan nama lain sebagai skuad Kijang, ataupun skuad Hoben Jang Hoben atau nama lainnya skuad Rusa yang akan menempa kejayaan tahun ini? Setelah 2 tahun berturut-turut Kedah merangkul 3 piala sekaligus dalam satu musim, maka untuk tahun ini, sama-sama kita nantikan siapa yang akan bergelar juara.

Pasukan Kedah mungkin perlu menyusun semula pasukan mereka dan perlu mengorak langkah untuk kembali bersaing tahun hadapan. Sang Kenari perlu kembali terbang tinggi semula. Pasukan muda Kedah boleh pergi lebih jauh sebenarnya. Hmm..(cukup la dulu pasal Kedah..hehehe..)

Namun, apa yang pasti, pasukan yang muncul sebagai pemenang Piala Malaysia kali ini, akan menamatkan penantian mereka bagi kejuaraan piala berprestij tanah air itu yang memasuki edisi ke-83 tahun ini.

Sekiranya Negeri Sembilan muncul juara, mereka bakal menamatkan penantian mereka selama 61 tahun selepas memenanginya buat pertama kali pada 1948 tetapi gagal mengulangi kejayaan itu pada final 2000 dan 2006.

Kelantan pula jika menang, bakal menamatkan penantian selama 88 untuk menjulang Piala Malaysia buat pertama kali sejak ia diperkenalkan pada 1921 setelah mereka tewas dalam dua percubaan pada tahun 1955 dan 1970. Maka sangat menarik jika kita mahu kesudahan perlawanan final sabtu ini.

Sebenarnya dalam dunia bola sepak, saya melihat pemain penyerang ataupun tonggak utama di bahagian tengah sesebuah pasukan lebih diberi perhatian kebanyakan media ataupun peminat bola sepak umumnya. Sedangkan peranan pemain pertahanan dan penjaga gawang sesebuah pasukan bola sepak juga sangat penting dalam usaha untuk mencapai kejayaan pasukan mereka.

Contoh mudah, dari pemain-pemain dari pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan sendiri, siapa yang tidak kenal Norfarhan Mohamad, Indra Putra Mahayuddin dan Khalid Jamlus untuk skuad Kelantan, dan siapa yang tidak kenal Zaquan Adha Radzak, Hairuddin Omar, Idris Karim dan Shukor Adan untuk skuad Negeri Sembilan? Mungkin bagi peminat setia pasukan tersebut, barangkali mereka mengenali kesemua pemain pasukan mereka, tetapi bagi rakyat Malaysia yang lain, nama-nama lain selain nama-nama tadi, begitu asing bagi mereka.

Adakah sumbangan pemain pertahanan mengekang asakan penyerang lawan dan ketangkasan penjaga gol menangkis segala percubaan lawan dan menjaga gawangnya dari dibolosi gol tidak dihargai? Di mana keadilan dan penghargaan untuk segala sumbangan yang mereka curahkan?

Bayangkan seandainya Indra Putra melakukan hatrik 3 gol untuk Kelantan, melalui jaringan tendangan side piece atau tendangan volley cantik yang dilakukannya, tetapi pada masa yang sama penjaga gol Kelantan, Halim Napi membenarkan gawangnya dibolosi 4 gol oleh pihak lawan, bermakna jaringan hatrik Indra tadi tidak membawa sebarang kesan. Kelantan akan tetap tewas. (Eh,jangan marah ya peminat dan penyokong Kelantan, sekadar contoh aje..hehehe..)

Jadi, pada saya, semua pemain dalan sesebuah pasukan sangat penting. Peranan mereka sangat bermakna. Janganlah kita hanya melihat dan menilai sesebuah pasukan berdasarkan penyerang yang mereka miliki sahaja, tetapi lihatlah pada semangat sepasukan mereka, dan nilailah semangat kerjasama dan kesungguhan yang mereka tunjukkan, tidak kira dari penjaga gol, pemain pertahanan termasuk bek tengah, kiri dan kanan, pemain tengah, pemain sayap kiri dan kanan, sampailah kepada penyerang.

Kerana apa saya persoalkan sedemikian? Ini kerana mereka semua mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam menentukan kejayaan sesebuah pasukan. Itulah terkadang kita boleh melihat penyerang gantian dari bangku simpanan ataupun pemain yang kurang popular boleh menjaringkan gol dek kerana kelalaian pertahanan lawan yang hanya ’merantai’ pergerakan penyerang tertentu sahaja.

Salah percaturan, ia boleh memberikan gol kepada pihak lawan. Lebih perit seandainya satu kesalahan sahaja, menjadi penentu menang atau kalah dalam perlawanan tersebut. Begitu juga di dalam hidup kita, percaturan dan strategi perlu ada dalam menentukan kejayaan kita di dunia ini.

Dalam kemeriahan dan keghairahan penyokong-penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan untuk mengatakan pasukan mereka yang terbaik dan layak memenangi pada final sabtu malam ni, perlu direnungi sedalam-dalamnya seperkara. Hidup kita ni sebenarnya boleh la dikatakan seperti sebuah perlawanan bola sepak. Tak percaya?? Dari sedikit bukti yang diberikan sebelum ini, ternyata perlawanan bola sepak ini juga boleh diibaratkan seperti sebuah kehidupan kita. Jika mahu lebih ’terang’ dan jelas, teliti 'jadual perlawanan' di bawah, dan nilai kembali konsep dan pemahaman kita.. Ok?? =)


PERLAWANAN BOLA SEPAK
vs
HIDUP MANUSIA DI DUNIA


KUASA :
Pengadil dan penjaga garisan
vs
ALLAH (kuasa mutlak), Rasul, Pemerintah

KETERLIBATAN :
Pemain bola sepak
vs
Semua manusia

TEMPOH :
Biasanya 90 minit tidak termasuk masa kecederaan atau tambahan masa untuk golden goal
vs
60-63 tahun kebiasaan umat nabi Muhammad s.a.w.

WAKTU TAMAT :
Tiupan wisel
vs
Mati

UNDANG-UNDANG :
Peraturan bola sepak
vs
Peraturan ALLAH

MATLAMAT (GOAL) :
Untuk mendapatkan gol
vs
Untuk mendapatkan keredhaan ALLAH


Jadi, apa yang kita perlu pertikaikan lagi? Kenapa perlu ada pergaduhan mulut dan sebagainya antara penyokong-penyokong ni semua?? Sudah dapat apa yang ingin saya sampaikan? Renung dan muhasabah balik. Kepada mereka yang pergi ke stadium jangan lupa menunaikan solat Maghrib dan Isyak pulak k.. Buat solat hajat sekali kan bagus.. Mendoakan kemenangan pasukan yang menjadi pilihan hati.. Sejuk hati kalau dengar ada yang sebegitu..

Akan tetapi apa yang kita risaukan, bukan sahaja Maghrib dan Isyak sahaja yang terlepas, tetapi Subuh pada keesokan harinya juga, lantaran keletihan pada malamnya. Yela, yang datang ke stadium bukan penonton yang berdekatan sahaja, ada yang datang dari Negeri Sembilan dan yang lagi jauh, ’rombongan’ peminat fanatik Kelantan yang jauh di pantai timur semenanjung Malaysia sana.

Akan tetapi, kita berbaik sangka, bukan semua mereka terdiri dari mereka yang mengabaikan solat tadi. Namun, lontaran kerisauan tadi sekadar muhasabah buat semua yang akan berhadapan pengalaman berkunjung ke stadium untuk menyaksikan sebarang perlawanan bola sepak nanti. Ingat apa yang lebih utama. Apa yang menjadi tanggungjawab kita, untuk kita mendapat ’goal’ yang kita cari di dunia yang sementara cuma, iaitu keredhaan Allah.

p/s: Dapatkan ’goal’ kita yang sebenar.. Faham?? Bagus..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails