Pada pandangan saya, sudah terang lagi bersuluh bahawasanya jika jahil seseorang itu, janganlah sampai memberikan kesan yang buruk kepada agama, apatah lagi sampai menghina Islam sedemikian rupa. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pun ada, Mufti-Mufti pun ada, ulama' muda Umno pun ada, Ulama' Pas pun ada, ulama' tanpa kepentingan politik pun ada. Tegur-tegurlah. Rujuk-rujuklah. Apa lagi kalau bukan isu Festival Busana Muslim yang diadakan 9 Ogos lalu di Monte Carlo.
Sakitnya mata dan hati bila kejadian ini yang sudah berlaku pada Ogos yang lalu, baru dapat diketahui umum baru-baru ini. Bagi yang ambil peduli, sebenarnya sebelum itu, festival tersebut juga telah diadakan di ibu kota, Malaysia yang kita cintai ini. Terang-terangan menghina Islam, menghina Nabi Muhammad s.a.w. yang kita cintai. Jikalau dahulu kita marah dan kecam Salman Rushdie kerana menulis dan menghina Nabi, dan kemudiannya kita memboikot Denmark kerana tersebarnya karikatur menghina Nabi, namun kali ini bagaimana? Tambahan pula ada yang terlibat sememangnya orang Islam (cuma jahil).
Ini bukanlah isu ataupun perkara yang main-main. Pendapat peribadi, seandainya memang jalan kebenaran perlu dituntut, bawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Sahabat-sahabat bolehlah rujuk pendapat Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin tentang isu ini.. Baca, teliti dan fahami sebaik-baiknya.. Klik sahaja link di bawah, bagi pembaca blog ini..
http://drmaza.com
Saya tidak mahu mengulas panjang, namun diharapkan Peguam Negara dapat siapkan fail pendakwaan, dakwa individu yang terlibat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menghina agama islam. Juga di bawah Seksyen 298A iaitu menyebabkan rasa tidak damai, perpecahan dan rasa tidak senang hati, prejudis kerana menghina agama. Dan jika individu yang terlibat didapati bersalah, maka mereka boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan berdasarkan peruntukkan itu. Itupun jika Pejabat Peguam Negara tak jadi 'bisu' dalam tindakan.
Jika pejabat peguam negara 'terlalu sibuk' dengan kes lain yang 'lebih maha penting', maka tugas mendakwa individu yang terlibat boleh diambil alih oleh pendakwaraya syarie. Dakwa mereka di bawah Seksyen 7 dan Seksyen 8 di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Ini peruntukan kedua-dua seksyen ini..
Seksyen 7. Menghina, atau menyebabkan dipandang hina, dll. agama Islam.
Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain-
(a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina;
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 8. Mempersendakan, dll. ayat Al-Quran atau Hadith.
Mana-mana orang yang, dengan kata-katanya atau perbuatannya, mempersendakan, menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-ayat Al-Quran atau Hadith adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Imej Islam tercemar maka wajarlah mereka yang terlibat dikenakan penjara atau denda. Sebab merekalah menyebabkan Islam dihina. Tulisan Nabi Muhammad s.a.w. dipersenda di dada model seksi. Buat pemuda PAS, demontrasi boleh buat, tapi langkah bijak adalah buat laporan polis akan hal ini. Kita berharap Yang Di Pertuan Agong dapat membela Islam di negara ini. Umat Islam ada 'locus standi' untuk dakwa mereka suka hina Islam ini. Tidak ke namanya menghina Islam apabila lihat gambar-gambar di bawah ini.. Paling kurang, bila disabitkan kesalahan, menjadi pengajaran buat semua, pada masa yang akan datang.. Wallahu a'lam..
tula beb, xtau nk kate. ulama muda umno kate slh serang rosmah sbb die just penaung. haram apenye. xkn jd penaung bodo.ene la amik tau isi kandungannye. ke die mmg xtau cmne ciri2 pakaian islam:P hehe
BalasPadamyes.. setuju..NAK TAMBAH SIKIT..Event ni bukanlah yg pertama.. try siasat dari internet dsb..dah byk kali.. kalau dulu Tun Mahathir pernah sarankan kita boikot Denmark kerana isu karikatur, jadi apa pendirian kita kali ini? BOIKOT individu yg terlibat?? Kes Ahli parlimen Belanda dlm kes yg hampir serupa di denmark kerana dia bukan Islam, di Denmark pun sebab dia bukan Islam, tapi kali ini orang Islam sendiri terbabit?? Ulama muda Umno dah tegur atau nasihat dah ke sebelum ini? jangan sekadar membela tapi tidak nasihat @ tegur pun 'yg dibela' tu..
BalasPadam