Jumaat, Oktober 08, 2010

Siri 2 : HUKUM & Undang-Undang Apa Yang Kita Inginkan??


Sami’na wa ata’na


Kami dengar dan kami taat.


Tidak boleh mengelak dan mencari jalan keluar, dengan dalih dan alasan fikiran dan kemahuan hati. Tidak boleh menolak kerana harapkan apa yang dinamakan “perpaduan nasional” atau “kesatuan nasional” dan sebagainya.


Tidak boleh mengadakan pilihan atau mencari titik persesuaian orang pelbagai lapisan ataupun majoriti, nafsu orang ramai, bagi memelihara kesatuan atau persatuan:


“Tidak ada pilihan bagi Mukminin dan Mukminat, apabila ALLAH dan RasulNya telah menetapkan sesuatu urusan; dan barangsiapa yang durhaka kepada Allah dan RasulNya (tidak mahu menerima hukum ALLAH dan RasulNya), maka sesatlah ia dengan kesesatan yang jauh (nyata)”.

(Surah al-Ahzab: Ayat 36)


“Dan apabila mereka diseru kepada ALLAH dan RasulNya supaya menghukum di antara mereka, tiba-tiba segolongan dan mereka berpaling”.

(Surah Al-Nur: Ayat 48)


Berpaling dari Hukum ALLAH mencari hukum lain. Berpaling dari undang-undang Islam, mencari undang-undang yang tidak Islam. Berpaling (menyeberang) memasuki parti dan organisasi yang tidak Islam, menentang dan menyerang barisan perjuangan yang hendak menegakkan KalimatuLLAH:


“Sekali-kali tidak! Demi Tuhanmu (wahai Muhammad): mereka itu tidak beriman, sehinggalah mereka menjadikan engkau hakim terhadap apa yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan menerima keputusan yang kamu ambil (berikan) itu - di dalam hati mereka”.

(Surah al-Nisa’: Ayat 65)


Alangkah tegas dan jelasnya firman ALLAH di atas itu. Kerelaan dan kesediaan orang hendak menjadikan Hukum ALLAH itu, menjadi ukuran imannya seseorang.


Kerelaan dan kesediaan orang untuk memperjuangkan undang-undang dan Hukum ALLAH, menjadi ukuran imannya seseorang. Kerelaan dan kesediaan seseorang untuk berjuang memenangkan dasar Islam, menjadi ukuran imannya seseorang.


Tiada kesediaan dan kerelaan itu, tidak dianggap seseorang itu beriman atau termasuk golongan Mukminin. Benarlah apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam dalam hadithnya:


“Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum Muslimin, maka mereka

bukanlah dari kalangan Muslimin”.

(Riwayat al-Baihaqi)


Mereka bukan dari kalangan Muslimin dan Mukminin. Setelah kita mengikuti firman ALLAH di atas itu, insaflah kita, bahawa wajib hukumnya ummat Islam memperjuangkan hukum dan undang-undang Islam supaya menang, tegak dan berjalan dalam negara Malaysia.


Satu suara (undi) yang diberikan dalam pilihanraya umum kepada organisasi atau Parti Islam, bererti meletakkan sebuah batu bagi membina negara keredhaan Ilahi di Malaysia.


Sebaliknya, satu suara (undi) yang diberikan kepada organisasi atau parti bukan Islam, atau yang tidak berdasarkan Islam; tidak memperjuangkan Islam, bererti pengkhianatan terhadap perjuangan Islam; pengkhianatan terhadap ALLAH dan RasulNya; pengkhianatan terhadap Iman dan Tauhidnya sendiri.


Bukan sahaja pengkhianatan, tetapi juga penentangan dan pengisytiharan perang kepada ALlah dan RasulNya; keluar dan pimpinan ALLAH dan RasulNya.


Berilah peringatan dan penerangan kepada umat Islam, agar mereka jangan sampai termasuk orang yang berkhianat; jangan sampai mereka termasuk orang yang tercabut Iman dan Tauhidnya lantaran meredhai kemungkaran dan kekufuran.


Wallahua'lam..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails