Demostrasi secara aman tersebut yang disertai Dewan Pemuda PAS Pusat dengan penyertaan ahli-ahli Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), yang mewakili mahasiswa dari pelbagai kampus, adalah bagi membuka minda masyarakat, betapa penerapan dan pengaruh nilai-nilai budaya songsang yang sememangnya wajib dibendung. Jika tidak dibendung, dikhuatiri dan amat dibimbangi ianya akan melarat seterusnya menjadi ikutan dan budaya masyarakat kita pula. Sebelum ianya membarah dalam masyarakat, biarlah ianya dicegah sebelum terlambat.
Saya tidak mahu memfokuskan sama ada Pemuda Pas atau Pemuda Umno yang membuat bantahan terhadap konsert tersebut, namun sudah semestinya sebagai mahasiswa yang boleh berfikir secara matang dan berintelek, akan menyokong sepenuhnya bantahan tersebut, kerana dengan penganjuran konsert tersebut, ianya sebenarnya lebih membuka ruang ke arah keburukan berbanding kebaikan. Jika tidak, mana mungkin mahasiswa yang berada bawah payungan GAMIS mahu menyertai bantahan tersebut secara konsisten, dengan penyerahan memo sebelum ini dan sebagainya, berkaitan dengan konsert ini.
Agak kurang bijak bagi seorang yang ‘menjaga’ hal ehwal kementerian pelajaran, bertindak mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Beliau menyatakan bantahan konsert Adam Lambert ini menjadikan PAS sebuah parti ekstrim. Menolak dan mengekang budaya serta budata ‘gay’ dikatakan ekstrim? Lihatlah dan nilailah sendiri mentaliti seorang timbalan menteri pelajaran di negara kita. Inikah yang kita harapkan untuk membentuk dan menjaga sistem pendidikan di negara ini??
Ya, mungkin beliau mengeluarkan kenyataan tersebut atas kapasiti beliau sebagai pimpinan Pemuda MCA, namun perlu diingat kesan kenyataan yang keluar dari beliau itu datangnya dari batang tubuh seorang Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada masa yang sama, bukannya beliau dari kementerian kebudayaan dan kesenian sebagai contohnya. Sedangkan jika kita fahami, ini bukanlah masalah yang melibatkan parti politik semata-mata, akan tetapi ianya masalah masyarakat dan negara.
Kita mahu generasi anak muda kita, tidak terpengaruh dengan anasir-anasir barat seperti itu. Setiap agama juga menekankan kepentingan menjaga adab dan moral dalam penghayatan agama masing-masing. Kita mahu anak muda dan belia mempunyai jati diri, berakhlak, bermoral tinggi, dan bukannya mengambil contoh teladan dari mana-mana personaliti luar negara yang mengamalkan gaya hidup dan norma yang songsang.
Cukuplah dengan masalah pembuangan bayi yang makin membarah, gengsterisme perkauman, merogol, meragut, merompak dan membunuh, yang sudah melanda negara kini. Jangan ditambah lagi penyakit masyarakat bila mana kerajaan sendiri yang menyediakan medium dan ruang yang banyak ke arah kebejatan sosial tersebut.
Mahasiswa menuntut kerajaan memandang serius perkara ini, jangan dibuat atas kepentingan politik pihak-pihak tertentu sahaja! Sudahlah PTPTN dan AUKU yang masih menghantui mahasiswa, termimpi-mimpi bajet mahu beri mahasiswa hadiah berupa bantuan biasiswa, elaun atau yang seumpama dengannya, seperti mana yang terselit dalam peruntukan perlembagaan.
Terutama sekali bagi pelajar dan mahasiswa yang datangnya dari keluarga latar belakangnya sederhana dan tidak berkemampuan, tiadakah bantuan atau peruntukan sedikit buat mereka, tambahan pula dengan keuntungan PETRONAS yang semakin bertambah setiap tahun, namun mimpi tersebut ternyata indahnya sekejap cuma! Bila tersedar, ianya hanyalah sekadar sebuah mimpi. Harapan dan perubahan, hanyalah mimpi kosong!! Bajet meminggirkan mahasiswa, kebejatan sosial pula tiada penghujungnya!!
Juga boleh dilihat di laman berikut :
http://www.harakahdaily.net
http://www.detikdaily.net-Konsert Artis Gay dan Bajet Pinggirkan Mahasiswa!!
http://www.detikdaily.net-Bajet pinggir siswa, kebejatan sosial tanpa penghujung
:: KedahLanie ::: Konsert Adam Lambert Dan Bajet Pinggirkan Mahasiswa!
Ini pula laporan dari sebuah akhbar arus perdana tentang hal tersebut sebagai lampiran bukti :
Sat, Oct 16, 2010
KUALA LUMPUR: Pemuda MCA menuduh PAS "berfikiran sempit dan tidak bertoleransi" kerana menganjurkan protes terhadap bintang idola Adam Lambert dari Amerika Syarikat yang membuat persembahan dalam satu konsert di Stadium Bukit Jalil Khamis lalu.
"Demonstrasi itu menunjukkan sifat ektremis yang diamalkan oleh parti itu," kata ketuanya Wee Ka Siong, dilapor oleh sebuah akhbar arus perdana.
Beliau menyatakan rasa kesal kerana PKR dan DAP, dua rakan seperjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat memilih untuk berdiam diri dalam perkara ini.
Sekumpulan besar pemuda Islam, termasuk Pemuda PAS dan wakil pelajar Gabungan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (Gamis) memprotes terhadap Lambert, di luar stadium itu, ketika penyanyi homoseksual itu membuat persembahan di depan 10,000 penonton yang menjerit-jerit.
Ketua Gerakan Kedah, Tan Keng Liang kesal dengan tindakan PAS itu dan menyifatkannya sebagai satu penghinaan terhadap imej negara ini.
"Mereka gagal memahami bahawa homoseksual adalah merupakan tabiat semula jadi sesetengah orang dan bukan sebagai sebahagian dari budaya," katanya.
Presiden Karyawan Freddie Fernandez juga melahirkan rasa kecewa tentang protes yang dipimpin oleh PAS ini dan berkata, "PAS seharusnya menunjukkan sikap yang sederhana."
"PAS hendaklah faham bahawa ada rakyat Malaysia yang menghargai bakat yang dimiliki oleh Lambert," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan